ASSALAMUALAIKUM ...
Akukah yang telah mencalar
Lunak emosimu ?
Hingga engkau bagai hilang selesa
berbicara
Seperti selalunya ... maaflah ; aku tidak
menyedarinya
Tidak ...
Sengaja aku simpan lidah aku
Daripada tutur yang tiada perlu Kerana banyak berbicara
Bukan bermakana tahu segala nya
Bukan semestinya betul semuanya
Ya ... benar katamu
Janganlah apa saja yang didengar
Mahu terus disebarkan
Apa sahaja terlintas difikiran
Mahu terus diluahkan
Sejenak perlu pertimbangakan dahulu
Ada baiknya atau sia sia
Ya ...
Berdiam diri
Bukan tanda tidak mengetahui
Menyesal lantaran berdiam
Sesalnya tidak berpanjangan
Menyesal kerana terlanjur berbicara
Sesalnya sukar dilupakan
Apa lagi andai ada hati yang terluka !
SEKIAN .... ^_____^
No comments:
Post a Comment